Wednesday, June 24, 2009

♥ My Page Pet



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets

My Family from WiddlyTinks.com
I luv my family, more than anything in this world. Syukur pada rahmatMu, yg menentukan dan menciptakan segalanya. biarlah kebahagiaan ini berpanjangan hingga keakhirnya

Monday, June 22, 2009

♥ Manjaku Happy Giveaway

hai kawan2!!!....
ada giveaway .... kali ni dr
manjaku happy!!
giveaway ni bersempena dengan besday ammar...."hepi besday ammar!!!!"
hadiahnya adalah....Cloth Diaper Lollipop mcm kat dlm gambar kat atas ni...
cute kannn!!
so..sape2 nak join..leh ke di sini ye....
tarikh tutup: 30/06/09
best of luck !!!!

Sunday, June 21, 2009

♥ Wanita

Watak Wanita Ikut Hari Lahir

ISNIN-bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panic, berhati-hati, tidak mudah mengaalah serta pandai menjaga diri dan pergaulan.-Ramai teman lelaki dan wanita yg menyukainya.-Mudah memberi pertolongan,cergas, berusaha kuat, teliti.-pandai menguruskan kewangannya.-tapi kalau marah “berapi-api dan ngeri and menakotkan. Susah nak mengaku kalah.CINTA: - Mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi “loyal”SEKS:- Kurang membara melainkan pasangannya bijak mengolajkan keindahan mengenainya.

SELASA@mencari salah orang lain dan berpontensi menduakan suami.@Pertuturan lembut dan pandai mengambil hati suami / kekasih@Keras dan sukar dilembutkan hatinya.@Senang mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan org lain@Pandai simpan rahsia@Keputusan tidak mantap & ikot pengaroh org lain, mudah terperangkap dalam banyak hal.@Orang yang lahir pada hari selasa juga ialah seorang yang pandai berjimat, tidak kedekut@Rajin berkerja, bertanggungjawab dlm banyak perkara.

RABUx bahaya, wanita yang lahir pada hari rabu nie kuat berdendam (main balas-balas ar kalau ade yang x puas hati tu)x pandai dalam pergaulan dan pandai mengambil hati dan pandai menghargai sesorang.x Sangat memintingkan teman dan sahabat daripada diri sendiri.x “open minded” orang nya….. tapi AWAS xpandai menyimpan rahsia… malah x suka diperintah dalam berkerja.x Setiap keputusan yang dibuat tidak seimbang malah kurang pengalaman.x Hati nya keras dan tidak mudah termakan pujuk, tapi ade orang yang tertentu sahaja yang tahu melembutkan hatinya.KEWANGAN:x pandai mencari duit, tapi sayang nya kurang berjimat cermat.. ade barang baru cikit yg berkenan langsung x pikir panjang dah… beli lah… RM$$$$ x kire dah..CINTA:x cinta pandang pertamanya dia rela berkorban apa saja demi cinta… “1st LOVE” larrr kate kan..SEKS:x amboiii… dari segi keseksualannya, x kurang hebatnya dan boleh tahan lah bahnya WOW! Dia juga seorang yang romantic.

KHAMIS+suka menyingung hati orang sekeliling dan orang lain. Percakapan yang kesat+kemahuan yang kuat dan bersikap agresif.+Tapi org nie rajin dan tekun berkerja malah die x suka orang menganggu dirinya dalam waktu dia berkerja dan juga mempunyai cita-cita yang tinggi.CINTA:+pada awal perkahwinan tunduk pada suami, TETAPI, akan berubah apabila sudah berkeluarga.+mudah terpikat dan jatuh hati kepada lelaki lain walaupun dia sedar bahawa dirinya sudah mempunyai suami atau kekasih.+namun diri nya tidak mudah jatuh cinta malah dia suka menyelidik dahulu pasangan sebelum bercinta.+Tak mempunyai hati yang tetap dan mudah terpadya dengan pujuk rayu sehingga x tahu mana yang baik dan juga buruk.KEWANGAN:+pandai mengurus dan merancang kewanganSEKS:+tahap seksualnya agak tinggi dan silap-silap hari bulan boleh mendorong ke lembah hina jika tidak dikawal jati dirinya.

JUMAAT*tabiat buruk nya, berani menentang suami.*Bangga diri, suka di puji, suka melaku kan perkara yang sia-sia dan berbahaya.*Bersemangat waja dan pandai menyimpan rahsia.*Tidak suka mengaku kesalahan sendiri.KEWANGAN:*Bersikap boros dan tidak pandai menyimpan harta demi masa depanCINTA:*Cintanya sejati dan tidak mudah berubah,*Cuma kadang-kadang tu tidak tulus.SEKS:*Sangat istimewa dan menyeronokkan …*penuh kelembutan tetapi tidak suka di paksa.

SABTU%Kuat cemburu%Suka kebendaan%Tidak suka anak dan suka bertikam lidah adalah antara nilai dirinya.%Tegas pendirian, cerdas pemikiran serta teliti dalam banyak hal dan menjadikan dirinya wanita yang istimewa.%Tidak pernah merasa puas, dan suka melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya.KEWANGAN:%pandai berjimat cermat dan sentiasa memikirkan masa depannya.CINTA:%Suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji pasangan.%Akur dan taat mengikut perintah suami.SEKS:%Agak dingin, tapi kalau kena gayanya, ia penuh dengan kelembutan dan indah.

AHAD$$ Wanita hari yang lahir pada hari ini adalah wanita yang suka akan kemewahan dan suka menunjuk-nunjuk$$ Suka merendahkan kawan dan mempnyai sikap bangga diri.$$ X suka mendengar nasihat orang lain dan mudah terpedaya dengan kata-kata orang lain.$$ Suke mengkritik orang lain, tapi x suka dirinya sendiri di kritik dan di tegur oleh orang lain.$$ Pandai simpan rahsia$$ Rajin berusaha dan berkerja dan juga tidak mudah mengalahKEWANGAN :$$ Bersikap boros dan tidak pandai berjimat.CINTA :$$ Percintaannya yang x telus, tetapi sanggup berkorban apa saja, jika hati dah suke…$$ Apabila bersama suami, dia taat kepada suaminya.SEKS:$$ Rangsangan seksualnya agak tinggi

♥' 63 PetUa BahGia'

TANPA sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan..Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga.
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49.. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:(a) Mental, pendidikan dan ilmu(b) Emosi(c) Fizikal dan ekonomi(d) Sosial(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:(a) Pendapat atau pandangan(b) Hobi(c) Kegemaran(d) Makanan(e) Cita rasa(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Thursday, May 28, 2009

♥::lalalala, nxt wik, jd student balikk..::

cikgu lain sbk menghitung hari tuk bercuti, aku lak sbk menghitung hari nak msk bljar balik. time2 cam gini la, dah x berapa nampak ank, tp nasib baik le ayh nye nampak lai kuikuikuii.. mane x nye nak melayan assgmnt yg dah berhabuk, berlapuk. tu le, mase awal2 x terniat pun nak wat. bile dah dkt2 dateline br le terhegeh2. biase le, 2 le satu2nye tabiat yg aku x leh nak buang. well, at least siap jugak sume assgmt aku. tinggal lai 1 prj power point aku sub kat adik aku, hehehe, eh, bukan free tau, ade opahnyeee..


sodeh gak sebab, time cam gini lah syok bercuti2 ngan family. tp ape nak buat dah tugas n tangjwb. tp hubby dah jnj pas aku abis, dlm mid of bln 6 ni dia nak bwk ktorg bercuti. destinasinye masih dalam perbincangan. antara on da list genting highland.... huhu, ni anish la punya plan, memujuk ayh nye nak gi hotel yg sejuk cam last vacation (cameron highland). x kisah la kat mane pun jnj ank2 hapy.

kat ci aku nak tapek 2 pic my lil' boys..




yg tomey2 ni, mmg x lekang ngan peacenye. tp kalau ngan abg dia x penah aman dunia, kuat sgt nyakat abg. nasib baik le abg cepat beralah. aish buah hati kami.. kalau dia tido, sunyi je rase umah. tp yg x tahan bila dia xcited, 1 je perkataan yg dia kan sebut, 'UUWAAAAHHH' ngan mulut ternganga, lalat msk pun x sedoo.. aish ku sygg

yg ni plak super hero mama, kalau aku terkezut ngan cicak tau lipas ke n nyerit, dia lah satu2nye hero yg akan pecut dari jauh n tanye, "nape mama? nape mama nyerit?" mmg dia yg paling syg kat mama dia. sanggup teman kan aku kalau aku takut nak kedapur memlm. kuat merajuk kalau kena tegur. tp cepat cool kalau kena cara pujuknya. dia la permata pertama kami. sekejap nye masa berlalu, umor enish this year dah nak masuk 4 taun. nxt year, dah nak antar dia pi sekolahh.. enish..enishh

Monday, May 4, 2009

♥biCaRa haTi

lamenye x post new n3. nak kata kebizian yg terlalu, x la jugak. tapi sejak 2 menjak ni, bnyk sgt perkara yg menuntun jiwa. kadang2 rase mcm x percaya. tapi sape sangka aku sendiri melaluinya.



hampir 5 taun mencipta kebahagian, menyulam cinta, aku memang sentiasa melalui saat2 bahagian. aku selalu panjatkan rase syukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yg bahagia, penuh dengan kasih syg, cinta yg sentiasa hangat antara aku dan hubby dan anak2 yg sempurna melengkapi kehidupan kami.



tapi tanpa aku sangka dlm 5 taun ini juga, ade insan yg mencemburui kebahagian kami. kenape? kenapa sukar untk kita menerima qada dan qadar illahi? kenapa ade perasaan irihati yg kesudahannya meruntuhkan kebahagiaan insan lain, kenapa perlu dikesali kisah silam lama yg sememangnya menyesatkan diri mereka semata.... ya Allah, kau teguhkanlah iman kami.. kau berikan kami kekuatan menempuh dugaan ini... xkan sekali-kali aku pasrah, malah kejadian ini benar2 menjadikan kami lebih kuat dan matang, ibarat belangkas, ibarat pengantin baru yg selalu mahukan yg terbaik untuk dipersembahkan bagi melengkapi diri masing2. dia mahukan yg terbaik untuk ku, aku lebih lagi mahu kan yg terbaik untknya... agar dia tahu, hanya aku kurniaan terbaik dari ilahi untuk menjadi teman hidupnya selagi ada hayat ini... tiada yg lainnn!!



airmata menjadi teman setia... bukan menyesali suratan ini, tapi aku kesal, kenapa masih ada insan yg terlalu naif dan tipis imannya hingga sanggup melawan takdir Allah. menggunakan sesuatu yg tidak sepatutnya dilakukan oleh muslimin sejati semata2 untuk kepuasan hati. kami antara yg sedang diuji. namun janji Allah, setiap kejadian pasti ada hikmahnya.. kami mula merasai nikmatnya, terasa hubungan lebih rapat dan hangat, kata2 syg dan cinta tak pernah lekang dari bibir. aku x jemu mencurahkan rasa syg ini yg makin hari makin utuh, seteguh kasih Khadijah kepada Rasullulah.