Tuesday, March 31, 2009

♥: : myLiFe : :


hari yg indah. terase kesibukan kian membeban, mencuri secubit keindahan pagi nie. baru nak meregangkan urat2, 1 lagi kerja menanti. assigmnt yg bersusun 1 pun masih belum aku sentuh. cepat la abis krusus. x larat nak menghadap 1 per 1 kerja yg dtg. itu lah dugaan.

hari ni aku ngan murid wat aktiviti memasak. mmg bess sgt, sbb last kitorg masak bln 7 taun lps. xsited bukan main diorg nak menunggu sampai kehari ni. ktorg masak nasi lemak + sambal tumis ikan bilis, sedapnye kemainnn (jgn kecur air liur yee!!). ni lah antara menu favoruite hubby.bley kate seminggu sekali mesti wajib msk. kdg2 heren jugak, x jemu2.

mmg hapie sgt kalau tengok anak murid hapie, mungkin kat umah diorg x berpeluang nak tunjuk kebolehan diri. kat sekolah le tempat diorg bercite dan tunjuk kemahiran masing2. siapa sangka, ade murid aku yang pandai buat sambal tumis.

pas siap, ktorg kenduri ramai2. licin seperiuk besar nasi lemak yang aku masak. siap cikgu2 aliran perdana join lagi. ni pose2 yg sempat kami rakam...

Tuesday, March 24, 2009

♥[ [ cuti-cuti ] ]

salam.. lamenye x post new n3. cuti sekolah kali ni buat aku rase betul2 hapie n free. actualy hari selase last week aku n my 3 hero gi holiday kat camaron. camaron lai... tah la, mayb sbb tu my paberet place. nyaman je bile ade kat sane, hilang sume kekusutan. plan nye nak g tempat lain, last2 hubby ikut je rentak aku sbb pas ni cuti sekolah yg lain aku dah xde
chance nak g holiday dah...
kat sane sempat gak le aku membeli barangan wajib yg x sah kalo x beli, antaranye bunge rose, buah straweberry n tea blueberry. kalo la ade rezeki aku nak beli sebiji umah kat sane. wah, besst nyee! insyallah kalo ade rezeki.
MySpace


..mama pun nak pose gakk..


..manjenye anak2 ayahh..


..kite minum duluu..


..mengimbau time honeymoon..


.kuiikuiikuiii..


Wednesday, March 4, 2009

♥[ : bersabarlah syg : ]

sejak kebelakangan ni terasa kekosongan, sunyi melewati hari2. sejak hubby sibuk ngan pembukaan char kuetiaw conner bersama ngan adk dia, terasa sgt masa tuk spend together kurang. rindunye pd dia wlaupun dia ade didpn mata. siang dia bzy ngan projek, ptg prepare bukak kedai n mlm till midnight dia turun pdg, time blk ank2 dah diulit mimpi. ikut mmg 3 org pembantu x cukup sbb x menang tangan. aku tau dia perasan ngan ketandusan waktu seakan x memberi peluang tuk kami bersama, wlaupun aku x penah bersunggut, tapi mungkin dr air muka aku dia tau aku sunyi. biasenye mlm mase tuk ktorg berbual, melayan kerenah ank2, mkn bersama, bergolek dpn tv sambil bergomoi ngan enih n aish. tp sejak last week, terase sgt kesunyian mengisi mlm kami 3 beranak. semalam buat kesekian kalinye x dapat ku tahan airmata dr gugur,
- bile enish ckp, " mama, ayah mane?"
-aku "ayah keje syg.."
-enish " keje lagiii..."
-aku "jap lg ayh blik ok.."
-enish " mama, enish rindu ayh, nak main bola ngan ayh ngan adik..."
ya allah, anak yg sekecik ini pun tau erti rindu, rindu pd ayh walaupun ade dpn mata. ade ibarat tiade... sebak hatiku menahan getar. mungin inilah kehidupan baru yg perlu kami tempuh wlapun terasa berat. namun ayat dr hubby yg bisa menenangkan hati ku bila dia ckp " sabar ye mama, abg jnj kejap je kita mcm ni. bile dpt tambah pembantu nnt n keadaan stabil, kita akan mcm dulu balik... mama restui ayh yee.." sayu rase hati dan aku redhaa.. kupanjatkan kesyukuran yg x terhingga pd setiap kurniaanNya, ade hikmah yg perlu kita terima seadanya... kesunyian begini ade kalanya buat aku lebih syg dan rindu yg x bertepi buat hubby tercinta. ia mengajar aku byk erti kehidupann..
alhamdulillah kami syukuri nikmatmu ya Allah...

Monday, March 2, 2009

♥[ : 10 Rahsia C.I.N.T.A : ]

MySpace

1.Kekuatan berfikir

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnyabertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri "apa yang aku hormati dalam diriku?". Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka,kita patut bertanya pada diri sendiri."apa yang aku hormati dalam diri mereka?".

3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima.Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir "Apa yang dapat aku beri?"dan bukan Apa yang akan aku dapat?".

4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan.Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri.

6. Kekuatan untuk melepaskan
"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu". Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama
kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. "Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku".

7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya.Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : "Aku
cinta kamu". Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon
orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan...dan sekarang...kenapa kamu menunggu?

8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu.. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.


9. Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat.

10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan.Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan - akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati?" jika jawapannya adalah "tidak", maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.